Cari @ Amanz

Google Gears Akan Ditamatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan hampir semua pelayar web terkini menyokong teknologi HTML5, Google Gears seperti tidak digunakan lagi. Kini, pembangun Gears, telah pun memperkatakan yang mana tiada lagi kemaskini baru untuk Google Gears akan dilepaskan selepas ini.

Google Gears juga akan dibuang daripada pelayar web Chrome bermula daripada Chrome 12, selain tiada sokongan untuk Firefox 4 dan Internet Explorer 9 akan dikeluarkan. Sebelum ini, Gears membolehkan para pengguna melayari laman web sebagai aplikasi, dimana data disimpan pada komputer, membolehkan diakses walaupun ketika luar-talian.

Kini, dengan hampir semua pelayar web menyokong teknologi baru, Google Gears seperti tidak diperlukan lagi, dan ianya akan dihentikan selepas ini.


Komen ()