HTC Malaysia Bakal Melancarkan Incredible S Jumaat Ini

HTC Malaysia Bakal Melancarkan Incredible S Jumaat Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2011 oleh .

Setelah HTC memperkenalkan Incredible S kepada umum pada bulan Februari yang lepas, kini ianya akan mula didapati di Malaysia, apabila HTC bakal melancarkannya kepada para pengguna di Malaysia pada hari Jumaat ini, 18 Mac.

Seperti yang diketahui, HTC Incredible S membawakan skrin sebesar 4-inch WVGA Super LCD untuk memudahkan anda menaip dan menikmati video, serta melayari web dengan mudah. Ianya turut sama didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1GHz Qualcomm dan juga 768MB RAM. Anda turut sama boleh merakamkan pelbagai detik menarik melalui kamera 8-megapixel dengan sokongan video HD 720p, serta membuat panggilan video melalui kamera hadapan 1.3 megapixel.

Ianya masih lagi tidak diketahui samaada adakah mereka akan bekerjasama bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Juga masih lagi tidak diketahui bilakah Desire S dan Wildfire S akan tiba di Malaysia.


TIPS & ULASAN