Yes 4G Di Pantai Timur Menjelang Bulan Jun

Yes 4G Di Pantai Timur Menjelang Bulan Jun

Diterbitkan pada Mac 16, 2011 oleh .

Setelah meliputi Pulau Pinang, kini YTL Communications terus memperluaskan liputan kawasan perkhidmatan jalur-lebar mereka, dimana mereka akan memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar mereka di pantai timur tidak lama lagi.

Yes 4G dijangka akan meliputi kawasan Kelantan, Terengganu dan Pahang menjelang bulan Jun tahun ini. Buat masa ini, mereka masih lagi sedang menguji liputan di kawasan pantai timur, dengan hanya terdapatnya dua pusat pemancar, iaitu di Kuantan dan juga Kuala Terengganu.

Baru-baru ini YTL Communications telah mengumumkan kerjasama bersama-sama E-Pay, sekaligus memudahkan pembayaran dan tambah-nilai untuk perkhidmatan mereka, selain turut sama memperkenalkan dua perantian baru, iaitu Yes Zoom dan juga Yes Buzz.


TIPS & ULASAN