Skype Memperkenalkan Aplikasi Qik Video Connect

Skype Memperkenalkan Aplikasi Qik Video Connect

Diterbitkan pada Mac 16, 2011 oleh .

Setelah membeli Qik, kini Skype memperkenalkan aplikasi baru, aplikasi Video Connect untuk iPhone, dimana melaluinya ianya membolehkan para pengguna bersembang antara satu sama lain melalui video, selain pada masa yang sama merakamkan dan berkongsi video bersama yang lain dengan mudah.

Menariknya, aplikasi Qik Video Connect ini didatangkan dalam dua variasi, iaitu percuma dan juga berbayar. Melalui aplikasi percuma, anda boleh menikmati fungsi panggilan video, rakaman dan kebolehan berkongsinya dengan mudah. Namun, anda boleh menambah beberapa fungsi tambahan, termasuk kebolehan untuk menambah efek pada video, sokongan HD dan edit sebelum muat-naik dengan membeli aplikasi Qik Video Connect Plus pada harga cuma $2.99.

Buat masa ini, aplikasi Qik Video Connect ini hanya menyokong iPhone dan iPod Touch generasi ke-empat dengan sistem operasi iOS 4.0 dan terkini dan boleh dimuat-turun secara terus melalui iTunes.


TIPS & ULASAN