U-Mobile Ingin Memperkenalkan Rangkaian LTE Sepantas 100Mbps

U-Mobile Ingin Memperkenalkan Rangkaian LTE Sepantas 100Mbps

Diterbitkan pada Mac 16, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, kini U-Mobile sudah mula menawarkan pakej 42Mbps kepada para penggunanya yang berada di Lembah Klang. Namun begitu, U-Mobile tidak terhenti disana sahaja, malah kini telah pun memperlihatkan perancangan untuk memperkenalkan jalur-lebar dengan sokongan kelajuan sehingga 100Mbps dengan kerjasama bersama-sama dengan ZTE.

Melalui kerjasama antara U-Mobile dan juga ZTE, mereka berdua akan membangunkan rangkaian tanpa-wayar yang menyokong 100 Mbps di beberapa bandar utama di Malaysia. Untuk menjayakannya, U Mobile akan memperluaskan liputan rangkaian mudah-alih 42Mbps mereka kepada beberapa kawasan utama menjelang pertengahan tahun kedua 2011. Mereka juga dijangka akan menaik-taraf rangkaian HSPA+ mereka untuk menyokong sehingga 84Mbps dalam masa 12 bulan akan datang.

U Mobile dikatakan akan memperkenalkan rangkaian jalur-lebar LTE yang menyokong kelajuan lebih daripada 100 Mbps apabila mereka telah memperoleh kebenaran menggunakan gelombang yang diperlukan.

Selain daripada U Mobile, Maxis dan Celcom masing-masing telah pun mulakan ujian LTE mereka sejak daripada tahun lepas, dimana di Malaysia, sebanyak 9 syarikat tempatan akan diberikan lesen untuk membangunkan rangkaian LTE.


TIPS & ULASAN