Kadar Penembusan Jalur-Lebar Malaysia Mencapai 57.4%

Kadar Penembusan Jalur-Lebar Malaysia Mencapai 57.4%

Diterbitkan pada Mac 16, 2011 oleh .

Pada tahun lepas, kerajaan berjaya mencapai sasaran kadar penembusan jalur-lebar dengan lebih awal apabila mencapai kadar 53.5% menjelang penghujung bulan Oktober. Kini, pada hari ini, kadar penembusan jalur-lebar Malaysia terus meningkat, apabila angka semasa menunjukkan 57.4% kadar penembusan.

Dengan angka terbaru ini, ianya memperlihatkan yang mana kerajaan masih lagi dalam proses untuk mencapai kadar penembusan 75% menjelang tahun 2015 kelak. Mungkin sekiranya angka ini terus meningkat, kita akan mencapai angka tersebut lebih awal daripada yang disasarkan.

Untuk terus meningkatkan kadar penembusan jalur-lebar dan celik IT dinegara ini, Kementerian Komunikasi dijangka akan menemui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan dalam membincangkan usaha masing-masing dalam mencapai perkara tersebut tidak lama lagi. Kerajaan juga melalui SKMM dijangka akan mula memberikan peluang kepada syarikat telekomunikasi untuk membida gelombang komunikasi dibawah 700 MHz.


TIPS & ULASAN