Dengan Windows 8 Beta dijangka akan dilepaskan seawal penghujung tahun ini, sedikit demi sedikit info berkenaan dengannya mula diketahui. Setelah diketahui mengenai pengintegrasian Windows Live ID pada Windows 8, kini beberapa ikon yang diperkatakan sebagai Aero Lite mula kelihatan.

Ianya diperkatakan yang mana Windows 8 akan membawakan antaramuka penuh 3D yang dinamakan sebagai “Wind”, dan antaramuka Aero Lite ini akan menjadi ganti bagi antaramuka asas, tanpa sebarang penggunaan grafik yang ekstrim.
Perhatikan Pada Perubahan Ikon [via]
Sehingga kini, Microsoft masih lagi senyap berkenaan dengan fungsi-fungsi yang bakal dibawakan oleh Windows 8, dan hanya memberitahu yang mana ianya akan menyokong cip pemprosesan ARM sahaja buat masa ini. Ianya juga diketahui yang mana Microsoft telah pun mulakan pembangunan Windows 8 Milestone 3 pada masa ini.