Selain daripada HTC Incredible S yang bakal dilancarkan pada hari Jumaat ini oleh HTC Malaysia, Maxis turut sama bakal melancarkan perantian yang dinantikan ramai, Nexus S pada hari Jumaat ini. Nexus S kelak akan dijual pada harga RM2499, namun boleh didapati pada harga serendah RM1499 apabila membeli bersama-sama dengan pakej Maxis.
Maxis menawarkan tawaran kontrak selama 12 bulan dengan harga peranti Nexus S pada harga RM1799, 18 bulan pada harga RM1699 dan 24 bulan pada harga RM1499. Untuk menikmati harga pakej Maxis ini, para pengguna perlu memilih pakej Value Plus 50 dan keatas, dan memilih salah satu pelan data yang ditawarkan oleh Maxis.
Nexus S merupakan peranti Android pertama yang menggunakan Android Gingerbread 2.3, yang mana dibangunkan eksklusif oleh Google dan Samsung.