Carian
Versi Pembangunan Chrome Mula Menerima Kemaskini Logo
March 16, 2011 Aman

Selain daripada pada Chrome OS, kini Chrome versi saluran pembangun turut sama menerima kemaskini logo, dimana sama seperti Chromium, logo Chrome juga beralih kepada logo yang lebih kemas dan ringkas, dan tidak begitu menekankan rekabentuk 3D seperti sebelumnya.

Bagi para pengguna Chrome versi pembangunan, anda sudah boleh lihat perubahan pada kotak dialog versi Chrome, selain perubahan pada ikon Chrome. Mungkin kita akan dapat melihat perubahan ikon pada Google Chrome 11 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Chromium
Logo Chromium Dulu Dan Sekarang

Komen