Cari @ Amanz

Nampaknya, kini pihak Mozilla mensasarkan tarikh 22 Mac sebagai tarikh pelancaran versi akhir Firefox 4 sekiranya semuanya berjalan lancar. Namun begitu, tarikh tersebut mungkin berubah sekiranya terdapat pepijat atau masalah ditemui pada Firefox 4 RC yang dilepaskan sebelum ini.

Pembangun Firefox 4 memperkatakan sekiranya terdapat sebarang masalah yang ditemui, pihak mereka akan serta merta mengeluarkan Firefox 4 RC2 dan menganjakkan sedikit tarikh pelancarannya. Namun begitu, buat masa ini, mereka mensasarkan untuk melancarkan Firefox 4 pada 22 Mac.

Sebelum ini, Firefox 4 disasarkan untuk pelancaran pada penghujung tahun lepas, namun terpaksa ditangguhkan sehingga sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd