Google Memperkenalkan Fungsi Perbincangan Pada Google Docs

Google Memperkenalkan Fungsi Perbincangan Pada Google Docs

Diterbitkan pada Mac 17, 2011 oleh .

Kini, Google mula mementingkan fungsi kolaborasi dan kerjasama pada Google Docs, dimana mereka memperkenalkan fungsi Discussion pada Google Docs. Melaluinya, para pengguna boleh berbincang dalam masa-nyata, sekaligus memudahkan pembangunan sesuatu dokumen itu.

Selain daripada itu, fungsi ini turut sama didatangkan dengan kebolehan @mentions, dimana anda boleh menyertakan nama (alamat emel) rakan anda, dan mereka akan menerima notifikasi emel, serta kebolehan untuk membalas terus daripada emel.

Fungsi diskusi ini hanya boleh digunakan pada dokumen-dokumen baru sahaja pada Google Docs, dan dokumen lama masih tidak disokong lagi. Selain itu, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan mungkin masih ada yang belum dapat melihatnya lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN