Adakah DiGi Bakal Menawarkan HTC Incredible S?

Adakah DiGi Bakal Menawarkan HTC Incredible S?

Diterbitkan pada Mac 17, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, HTC Malaysia bakal melancarkan HTC Incredible S pada hari Jumaat ini. Sehingga kini, masih tidak diketahui HTC bakal melancarkan bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi ataupun tidak, namun beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana ianya akan dilancarkan bersama-sama dengan DiGi.

Sebelum ini, dua syarikat telekomunikasi yang dikaitkan dengan HTC Incredible S ini, iaitu Maxis dan DiGi, namun memandangkan Maxis bakal melancarkan Nexus S pada hari yang sama, kini ramai memperkatakan yang mana HTC Incredible S akan ditawarkan oleh DiGi. Namun begitu, perkara ini masih tidak dapat disahkan sepenuhnya lagi.

DiGi sebelum ini turut sama dengan HTC Malaysia memperkenalkan beberapa peranti termasuk HTC Aria, Desire HD, dan HTC 7 Mozart.


TIPS & ULASAN