Carian
Celcom Bakal Menaik-Taraf Rangkaian Kepada HSPA+ dan LTE
March 17, 2011 Aman

Selain daripada UMobile yang mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan ZTE, kini Celcom turut sama membuat perkara sama, apabila mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Ericsson dan juga Huawei dalam membangunkan rangkaian HSPA+ dan LTE.

Melalui kerjasama tersebut, mereka akan menaik-taraf rangkaian HSDPA yang digunakan sekarang ini kepada HSPA+. Ianya kelak akan membawakan sokongan kelajuan data sehingga 42Mbps, serta membawakan kualiti panggilan suara definisi tinggi (HD) serta liputan yang lebih meluas dan stabil.

Untuk menjayakan perkara ini, Celcom dijangka akan menaik-taraf peralatan radio mereka yang kini terdiri daripada lebih 9000 pusat pemancar, selain lebih 2000 pusat baru dijangka akan dibangunkan. Pembangunan ini dijangka akan mengambil masa sehingga tiga tahun, namun para pengguna akan diperkenalkan kepada rangkaian baru ini secara berperingkat, dengan fasa pertama dijangka akan diperkenalkan seawal pertengahan tahun ini.

Komen