Cari @ Amanz

Hampir terdapat pelbagai aplikasi untuk setiap perkara, dan menariknya kini Brainstorm Technologies memperkenalkan aplikasi MY Rights untuk para pengguna iOS, dimana melaluinya aplikasi tersebut mendidik rakyat Malaysia dan menerangkan hak mereka apabila berhadapan dengan PDRM.

Melalui aplikasi MY Rights, ianya menerangkan pelbagai perkara, termasuk apa yang patut lakukan apabila dihentikan, ditanya, direman ataupun ditahan oleh pegawai polis. Aplikasi tersebut turut sama berbentuk interaktif, memudahkan para pengguna menggunakannya.

Aplikasi MY Rights yang bersaiz lebih kurang 1.6MB ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh semua pengguna secara terus melalui AppStore, dan menggunakannya pada peranti iOS mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd