Windows 8 Akan Didatangkan Bersama Internet Explorer 10

Windows 8 Akan Didatangkan Bersama Internet Explorer 10

Diterbitkan pada Mac 17, 2011 oleh .

Baru sahaja beberapa hari Microsoft melancarkan Internet Explorer 9 kepada umum, kini beberapa ura-ura telah pun mula memperkatakan mengenai pelayar web Internet Explorer generasi akan datang, iaitu Internet Explorer 10. Ianya diperkatakan yang mana pelayar web IE 10 kelak akan diedarkan bersama-sama dengan Windows 8.

Seperti sedia maklum, kini pembangunan Windows 8 telah pun memasuki fasa MileStone 3, dan menariknya Win7China melaporkan yang mana Internet Explorer 10 sudah pun terdapat padanya. Sebelum ini, laman Win7China juga menjadi yang pertama mengeluarkan paparan skrin pertama Windows 8, dan mungkin perkara yang didakwa mereka itu ada kebenarannya.

Buat masa ini, semua masih lagi tidak ketahui berkenaan dengan apakah yang akan dibawakan oleh Internet Explorer 10 kelak. Namun dengan prestasi pelayar web Internet Explorer 9 yang dilancarkan baru-baru ini oleh Microsoft, semestinya versi generasi akan datang itu akan membawakan pelbagai perkara yang lebih menarik lagi.


TIPS & ULASAN