Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple

Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple

Diterbitkan pada Mac 17, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Oh! Media merupakan salah satu rangkaian blog terkemuka di Malaysia, dan kini mereka akan menambah ahli keluarga blog dibawah naungan mereka, dan menariknya adalah ianya bergenre akan teknologi, dan bakal memfokuskan kepada produk-produk Apple.

Blog baru mereka yang akan menggunakan nama Oh! AppleMY itu dijangka akan dilancarkan pada 20 Mac ini, yang mana ianya akan memfokuskan kepada pelbagai perkara berkaitan Apple, termasuk produk-produk keluaran mereka, MacBook, iPod, iPhone, iPad dan banyak lagi, selain turut sama menyediakan tutorial-tutorial yang akan memudahkan para pengguna Apple.

Sebelum ini, pada minggu lepas, Oh! Media telah pun melancarkan radio atas talian mereka, iaitu Oh! Media FM, yang mana beroperasi selama 24 jam, dengan lebih 6 orang deejay bekerja dalam menjayakannya.


TIPS & ULASAN