Carian
Internet Explorer 9 Pada Windows Update Mulai 21 Mac
March 17, 2011 Aman

Setelah Mozilla mensasarkan tarikh 22 Mac sebagai tarikh untuk pelancaran Firefox 4, kini sehari lebih awal daripada tarikh tersebut, Microsoft dijangka akan mula memperkenalkan Internet Explorer 9 kepada para pengguna Windows melalui Windows Update.

Internet Explorer 9 telah dilancarkan pada 15 Mac yang lepas, yang mana menyaksikan ianya telah dimuat-turun lebih 2.3 juta kali dalam tempoh 24 jam pertama ianya dilancarkan. Angka tersebut mungkinlah tidak besar, namun dengan memperkenalkan kemaskini tersebut pada saluran Windows Update, ianya kelak akan menerima impak yang amat besar sekali.

Walaubagaimanapun, kemaskini pada Windows Update ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut lokasi para pengguna, dan mungkin ianya akan mengambil masa sehingga seminggu atau mungkin lebih untuk seluruh dunia menerima kemaskini tersebut melalui Windows Update. Sebagai alternatifnya, anda boleh memuat-turun dan menggunakannya terlebih dahulu hari ini.

@tad1073 – IE9 will start rolling out through Windows Update on March 21. It will take some time, depending on where you live in the world.less than a minute ago via CoTweet

Komen