NewsZapped Media hari ini telah pun secara rasminya mengumumkan pelancaran versi beta untuk NewsZapped.com, iaitu salah satu aplikasi berasaskan web yang membawakan gabungan fungsi sosial bersama-sama dengan aggregator berita.
Antaramuka Laman NewsZapped
Melalui laman tersebut, ianya membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini berita daripada pelbagai sumber yang telah ditetapkan dengan mudah. Menariknya adalah dimana para pengguna sendiri boleh membuat tetapan untuk bagaimana memperlihatkan berita, mengikut citarasa dan kehendak masing-masing.
NewsZapped juga dijangka akan memperkenalkan aplikasi mereka untuk para pengguna iOS, Android dan juga BlackBerry dalam beberapa bulan lagi. Namun begitu, buat masa ini, masih terdapat aplikasi Android dan iOS yang boleh dimuat-turun, namun ianya tidak merupakan versi pembangunan sebelum ini, dan versi baru dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi mengantikannya.