StyleKandi Memudahkan Perkongsian Inspirasi Bersama Yang Lain

StyleKandi Memudahkan Perkongsian Inspirasi Bersama Yang Lain

Diterbitkan pada Mac 18, 2011 oleh .

Dengan laman sosial yang sering meluas, dan para pengguna yang mula berkongsi pelbagai perkara bersama rakan-rakan lain, kini Antics Media muncul dengan projek baru mereka, StyleKandi, dimana melaluinya ianya membolehkan para pengguna berkongsi inspirasi dari segi gaya hidup, fesyen, teknologi dan sebagainya, serta bertukar-tukar pendapat bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah.

Buat masa ini, StyleKandi masih lagi dalam beta tertutup, dimana mereka sedang menguji sistem mereka terlebih dahulu, dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Ianya diperkatakan yang mana StyleKandi kelak akan menjadi salah satu platform dalam mempromosikan sesuatu trend baru, ataupun berkongsi pelbagai perkara menarik padanya. Melaluinya, para pengguna boleh memuat-naik gambar, ataupun berkongsi terus artikel daripada blog anda, mahupun gambar daripada Facebook dan Flickr dengan hanya beberapa klik sahaja.

Buat masa ini, masih tiada tarikh pasti, namun ianya mungkin tidak mengambil masa yang lama sebelum versi beta terbukanya diperkenalkan kepada semua.


TIPS & ULASAN