Cari @ Amanz

Setelah melancarkan Opera 11.10 Barracuda versi beta kepada para pengguna desktop, kini Opera Software telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan Opera Mobile 11 untuk pengguna Android, Symbian, Windows 7 dan Meego, serta Opera Mini 6, selain turut sama memperlihatkan pelayar Opera Mini pada iPhone dan iPad.

Sebelum ini, Opera Software telah pun melancarkan Opera Mobile Store dan juga mengumumkan yang mana pengguna pelayar web mudah-alih Opera telah pun melangkaui angka 100 juta. Untuk terus menjaga mereka, dan memastikan mereka terus menggunakan Opera, pelbagai kemaskini adalah bagus, dan ianya masih tidak diketahui apakah perkara baru yang akan dibawakan oleh Opera melalui Opera Mini 6 dan Opera Mobile 11 kelak.

Namun begitu, semestinya, salah satu perkara yang akan menarik perhatian para pengguna adalah pelayar web Opera Mini untuk iPhone dan juga iPad. Sebelum ini, Apple telah pun membenarkan aplikasi Opera pada Mac AppStore, dan adakah berkemungkinan Opera Mini turut akan dibenarkan pada iTunes untuk pengguna iOS? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd