Carian
Maxis Dan Samsung Melancarkan Nexus S Di Malaysia
March 18, 2011 Aman

Seperti yang dinantikan, hari ini secara rasminya Maxis telah pun bersama-sama dengan Samsung melancarkan Nexus S di Malaysia, dimana ianya dijual pada harga RM2,499, dan boleh didapati dengan pakej Maxis pada harga serendah RM1,499.

Nexus S merupakan telefon pintar Android yang pertama menggunakan Android 2.3 Gingerbread, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan NFC (Near-Field Communication), sokongan grafik 3D yang lebih menarik, serta kamera hadapan VGA untuk panggilana video, bersama-sama dengan memori terbina sebesar 16GB.

Komen