Dengan setiap artis dan ahli politik mempunyai akaun untuk pelbagai laman sosial, semestinya ianya agak sukar untuk anda mengikuti seseorang itu. Untuk mengatasi perkara tersebut, kini FeedFa.me versi percubaan (Alpha) dilancarkan.
Melalui FeedFa.me, setiap selebriti dan tokoh politik mendapat halaman profail mereka masing-masing seumpama halaman About.Me, dan menariknya, ianya memaparkan pelbagai feed terkini daripada Twitter, Facebook, dan YouTube selebriti tersebut, sekaligus memudahkan para peminat mengikutinya.
Profail NajibRazak Pada FeedFame
Buat masa ini, masih lagi tiada perancangan untuk membolehkan para pengguna biasa mencipta profail dan melakukan perkara sama pada laman FeedFa.me, namun mungkin ianya akan diperkenalkan pada suatu masa kelak.