Yahoo! Akan Menjual Delicious Pada Harga Sekitar $1 Juta?

Yahoo! Akan Menjual Delicious Pada Harga Sekitar $1 Juta?

Diterbitkan pada Mac 18, 2011 oleh .

Semua sedia maklum yang mana Yahoo! sedang mencari pemilik baru untuk perkhidmatan Delicious mereka. Kini timbul beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Yahoo! mungkin menjual Delicious pada harga sekitar $1 juta, dan salah seorang pembeli yang dikaitkan adalah StumbleUpon.

Seperti sedia maklum, StumbleUpon turut sama menawarkan perkhidmatan yang lebih kurang sama seperti Delicious, iaitu memudahkan para pengguna untuk bookmark sesuatu halaman, dan sekiranya ini adalah benar, mungkin kita akan dapat melihat masa depan cerah kepada para pengguna Delicious.

Namun begitu, pada harga $1 juta, mungkin ianya merupakan salah satu kerugian untuk Yahoo!. Yahoo! sebelum ini telah membeli Delicious pada harga antara $10 hingga $15 juta pada tahun 2005. Sebelum ini, Yahoo! telah memperlihatkan yang mana ianya akan menghentikan beberapa perkhidmatan termasuk MyBlogLog dan Delicious, namun memperkatakan Delicious hanya akan dijual apabila ianya menerima kritikan dan bantahan ramai pihak.


TIPS & ULASAN