Cari @ Amanz

Kini, setelah pelancaran HTC Incredible S di Malaysia, HTC Malaysia turut sama telah memperkatakan yang mana mereka akan melancarkan HTC Wildfire S dan juga HTC Desire S tidak lama lagi di Malaysia. Buat masa ini, masih tiada tarikh pasti berkenaan dengannya.

Selain daripada itu, ura-ura awal turut sama memperkatakan HTC Desire S akan ke Maxis, sama seperti HTC Desire dan juga HTC Desire Z sebelum ini. Namun begitu, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan, memandangkan Maxis tidak memberikan sebarang komen berkenaan dengannya.

HTC Desire S merupakan evolusi daripada HTC Desire, membawakan skrin sentuh seluas 3.7-inch dengan resolusi 480×800, kelajuan CPU 1GHz, RAM 768 MB, kamera VGA hadapan untuk panggilan video, serta kamera belakang 5-megapixel dengan autofokus dan LED Flash. Sama seperti sebelumnya, ianya turut membawakan Android dengan HTC Sense.

HTC Wildfire S pula membawakan skrin seluas 3.2-inch dengan resolusi 320×480, kelajuan CPU 600 MHz, RAM 512 MB, kamera belakang 5-megapixel dengan autofokus dan flash, dan didatangkan dengan Android bersama-sama dengan HTC Sense.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd