Setelah kedengaran pelbagai ura-ura berkenaan dengan MobileMe, kini salah satu laporan mengesahkan yang mana MobileMe versi baru dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan, dan menariknya ianya akan diberikan secara percuma dan tiada lagi bayaran akan dikenakan untuknya.
Laporan yang dikeluarkan oleh iLounge itu turut sama memperkatakan yang mana MobileMe turut sama akan menerima pelbagai perubahan padanya, menjadikannya lebih menarik daripada sebelumnya. Ianya diperkatakan yang mana MobileMe versi baru akan menjadi salah satu penyedia tempat simpanan data berasaskan perkomputeran awan, membolehkan pengguna menyimpan pelbagai data termasuk gambar, muzik dan video.