Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini hampir semua pengguna Malaysia sudah boleh menikmati fungsi Facebook Places, dimana melalui fungsi tersebut ianya membolehkan para pengguna mendaftar masuk kesesuatu lokasi sama seperti pada FourSquare.
Contoh paparan Facebook Places pada halaman profail pengguna
Untuk menggunakan Facebook Places, para pengguna perlu menggunakan aplikasi rasmi iPhone, BlackBerry, Android, Windows Phone 7, ataupun terus melayari halaman touch.facebook.com melalui perantian mudah-alih masing-masing.
Bersama-sama dengan lokasi, anda juga boleh berkongsikan mesej status, sekaligus menjadikannya lebih sosial, dan anda boleh mengenali rakan-rakan berdekatan dengan lokasi anda dengan lebih mudah. Selain daripada itu, Facebook juga turut mengintegrasikan Facebook Deals pada Facebook Places. Namun begitu, buat masa ini, Facebook Deals masih lagi belum didapati di Malaysia.