Seperti yang dinantikan, akhirnya kini ianya diperkatakan yang mana Amazon bakal melancarkan AppStore mereka untuk Android pada Selasa minggu depan, 22 Mac. Bersama-sama dengan pelancaran mereka, salah satu aplikasi yang akan diberikan secara percuma untuk para pengguna Android adalah Angry Birds Rio daripada Rovio.
Apa yang menariknya mengenai Amazon AppStore adalah dimana setiap aplikasi akan diuji terlebih dahulu sebelum ianya disertakan pada kedai aplikasi mereka, selain mereka menetapkan harga sendiri mengikut nilai dan fungsi sesuatu aplikasi.
Amazon AppStore turut sama dijangka akan memberikan cabaran hebat kepada Android Market daripada Google kelak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.