Carian
WootFood Untuk Android Dilancarkan
March 20, 2011 Aman

Setelah melancarkan WootFood kepada para pengguna iPhone, kini ianya turut sama diperkenalkan kepada para pengguna Android. Melaluinya, kini para pengguna boleh berkongsi pelbagai makanan mengikut lokasi dengan mudah dan pantas terus melalui perantian Android mereka.

Menariknya mengenai WootFood adalah dimana anda boleh menggunakannya tanpa sebarang pendaftaran untuk akaun mereka seperti beberapa aplikasi yang lain. Selain daripada itu, anda juga akan menerima cadangan makanan daripada para pengguna lain mengikut lokasi dan juga pilihan para pengguna WootFood.

Melalui aplikasi WootFood untuk Android, para pengguna boleh merakamkan gambar makanan, dan berkongsinya bersama-sama yang lain dengan mudah. WootFood juga dijangka akan memperkenalkan panel kawalan berasaskan web mereka tidak lama lagi. Setiap perkongsian pada WootFood yang dikongsikan menggunakan Twitter akan menggunakan peringkas URL yang amat menarik sekali, iaitu Yum.my.

Buat masa ini, masih tiada sebarang perancangan untuk aplikasi BlackBerry, Symbian dan Windows Phone. Namun begitu, WootFood diperkatakan akan memperkenalkan aplikasi web mudah-alih mereka tidak lama lagi, memudahkan semua pengguna peranti mudah-alih dengan kebolehan mengakses internet untuk berkongsi bersama yang lain.

Komen