Carian
Facebook Mengambil-Alih Snaptu
March 20, 2011 Aman

Setelah membeli Beluga sebelum ini, kini Facebook teruskan menambah syarikat baru dibawah portfolio mereka, dimana hari ini, Facebook telah pun mengambil-alih salah satu aplikasi popular di perantian mudah-alih, iaitu Snaptu. Harga pembelian Snaptu oleh Facebook dianggarkan diantara $40 hingga $70 juta.

Menariknya mengenai Snaptu adalah dimana awal tahun ini mereka telah melancarkan aplikasi yang menyokong Facebook, membolehkan lebih 2,500 peranti menggunakannya dengan mudah. Mungkin ianya merupakan salah satu perkara yang menyebabkan Facebook mengambil-alih syarikat Snaptu.

Selain Facebook, Snaptu turut sama menyokong beberapa aplikasi sosial popular yang lain termasuk Twitter dan juga Picasa. Ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan kekalkan sokongan untuk aplikasi tersebut ataupun tidak selepas ini.

Komen