Tune Talk Bakal Melancarkan Perkhidmatan BlackBerry Termurah Di Malaysia?

Tune Talk Bakal Melancarkan Perkhidmatan BlackBerry Termurah Di Malaysia?

Diterbitkan pada Mac 20, 2011 oleh .

Setelah Celcom, DiGi, Maxis dan UMobile memperkenalkan perkhidmatan BlackBerry mereka, kini Tune Talk akan mengikut jejak yang sama, dimana Tune Talk dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan BlackBerry mereka seawal bulan April ini.

Buat masa ini, informasi berkaitan pakej dan tawaran daripada Tune Talk masih lagi tidak berapa diketahui. Namun, salah satu perkara yang diperkatakan adalah dimana perkhidmatan BlackBerry daripada Tune Talk akan menjadi yang paling murah di Malaysia, dimana mereka akan memfokuskan kepada BlackBerry Messenger dalam mempromosikan perkhidmatan mereka kelak.

Tarikh pasti untuk pelancaran perkhidmatan BlackBerry daripada Tune Talk masih lagi tidak diketahui, namun ianya dijangkakan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Yarp. We’ll make it daaamn cheap too. RT @BeeAzez: @jasonlo1 heard tune talk blackberry service coming this april. Yes or no?less than a minute ago via ÜberSocial


TIPS & ULASAN