Chrome Bereksperimen Dengan Halaman Skrin Memfokuskan Aplikasi

Chrome Bereksperimen Dengan Halaman Skrin Memfokuskan Aplikasi

Diterbitkan pada Mac 21, 2011 oleh .

Selain daripada penukaran logo baru, beberapa perkara baru yang lain juga mula kelihatan pada pelayar web Chromium. Kini, dalam versi pembangunan Chromium yang terbaru, salah satu fungsi baru yang kelihatan adalah fungsi eksperimental untuk halaman tab yang serba baru, sesuai untuk peranti skrin sentuh.


Halaman Tab Baru Pada Versi Pembangunan Chromium Terkini [via]

Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna lebih memfokuskan perhatian kepada aplikasi web yang telah dipasang pada Google Chrome, dan memudahkan anda menggunakannya. Ianya juga turut sama diperkatakan yang mana Google telah mengujinya pada Safari Mobile dan juga iOS 4.2.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Chrome sebagai salah satu pelayar web yang memfokuskan kepada kandungan web dengan menjadikan antaramuka mereka dengan rekabentuk minimalis, dan mungkinkah kita akan lihat selepas ini, mereka lebih memfokuskan kepada aplikasi web?


TIPS & ULASAN