Dapatkan Nasihat Pakar Untuk Peranti HTC Di Cubic Platforms

Dapatkan Nasihat Pakar Untuk Peranti HTC Di Cubic Platforms

Diterbitkan pada Mac 21, 2011 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran HTC Incredible S tempoh hari, HTC Malaysia turut sama melancarkan Cubic Platforms, iaitu salah satu lokasi untuk para pengguna HTC tempatan mendapatkan maklumbalas, latihan, dan nasihat pakar berkaitan peranti mereka, sambil menikmati secawan kopi disana.

Pada masa yang sama, Cubic Platforms juga merupakan salah satu pengedar rasmi HTC di Malaysia, dimana anda boleh mendapatkan pelbagai peranti terkini HTC di sana. Selain daripada HTC sendiri, anda juga boleh membayar bil DiGi disana.

Cubic Platforms yang didatangkan bersama-sama dengan HTC Training Cube ini terletak d bangunan Sunway Giza, Kota Damansara, dan beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.


TIPS & ULASAN