Cari @ Amanz

Nampaknya Firefox 4.0 RC1 bukanlah versi pembangunan terakhir, oleh kerana pihak Mozilla telah pun mengemaskini versi pembangunan mereka, dimana terkini adalah Firefox 4.0 RC2, dan dijangka akan menjadi versi akhirnya kelak.

Namun begitu, Mozilla telah pun menyiapkan versi akhir Firefox 4.0 dan sudah pun boleh dimuat-turun daripada pelayan FTP mereka. Ianya telah dimuat-naik pada 19 Mac yang lepas, namun masih belum diumumkan secara rasminya buat masa ini. (Muat-turun : Windows, Linux, Mac OS X)

Firefox 4.0 kelak dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada 22 Mac ini, iaitu esok, dan bakal membawakan pelbagai perkara baru padanya. Selain daripada Firefox 4.0, Mozilla juga turut sama telah membuat perancangan untuk mempercepatkan pembangunan pelayar webnya selepas ini, dimana Firefox 5.0, 6.0 dan 7.0 dijangka menyusul pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd