Cari @ Amanz

Selain daripada MAD TechVentures yang diadakan sebelum ini, industri ICT tanah-air terus meriah, dimana kini Anugerah ICT NEF-Awani akan diumumkan tidak lama lagi, menyaksikan lebih daripada 15 syarikat ICT Bumiputera tempatan bersaing dengan sihat untuk memenangi anugerah dalam pelbagai kategori yang berbeza.

Pada tahun ini, ianya menyaksikan Terato Tech (bakal memperkenalkan Undies) menjadi satu-satunya syarikat yang bertanding dalam tiga kategori berbeza, diikuti oleh Animonsta Studios (pembangun BoboiBoy), SyQic Capital dan IDOTTV bertanding dalam dua kategori.

Untuk Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 ini, ianya dibahagikan kepada dua komponen dalam penganugreahan, dimana yang pertama merupakan komponen Bumiputera yang dipecahkan kepada 8 kategori, dan dinilai sepenuhnya oleh juri, manakala komponen Pilihan Rakyat pula memperlihatkan pecahan kepada 5 kategori, dimana pemenangnya akan dipilih mengikut undian pada laman Facebook.

Berikut merupakan para finalis untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2010 dimana pemenangnya bakal diumumkan pada hari Khamis ini, di PWTC:

  • Usahawan Tekno Bumiputera Terbaik : Avicena Sdn Bhd, InternetNow! Teknologi Sdn Bhd, Terato Tech Sdn Bhd.
  • Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik : Geoflex Sdn Bhd, Lotdotmy Sdn Bhd, SyQic Capital Sdn Bhd.
  • Produk Perisian Bumiputera Terbaik : Century Software Sdn Bhd, IDOTTV Sdn Bhd, Jayonik MSC Sdn Bhd.
  • Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik : IDOTTV Sdn Bhd, Islamkids.Media Sdn Bhd, Terato Tech Sdn Bhd.
  • Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik : Animonsta Studios Sdn Bhd, Funcel Sdn Bhd, Netcarbon Sdn Bhd.
  • Syarikat Startup Bumiputera Terbaik : Animonsta Studios Sdn Bhd, Mawaddah Creative Multimedia Development Sdn Bhd, Terato Tech Sdn Bhd.
  • Syarikat Bumiputera Paling Inovatif : Orea Technologies Sdn Bhd, Jayonik MSC Sdn Bhd, SyQic Capital Sdn Bhd.

Bagi kategori Pilihan Rakyat pula, ianya dipecahkan kepada lima kategori berbeza, iaitu:

  • Syarikat Telekomunikasi Pilihan.
  • Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian (Online) Pilihan
  • e-Perkhidmatan Kerajaan Pilihan
  • Portal Hiburan Pilihan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd