Cari @ Amanz

Dengan bertambahnya para pengguna Twitter dari hari ke hari, kini Twitter memudahkan anda mengikuti seseorang atau sesuatu organisasi dengan memecahkannya kepada beberapa kategori. Kini, para pengguna lama dan juga baru boleh menemui tweet yang menarik dan mengikut citarasa mereka melalui Discover Twitter.

Buat masa ini, Twitter memecahkannya kepada 18 kategori berbeza, daripada teknologi, bisnes, sehinggalah kepada kesihatan, makanan dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman Discover Twitter tersebut, dan memilih kategori yang menarik minat anda, seterusnya memilih siapakah yang anda ingin ikuti daripada senarai nama-nama utama yang diperlihatkan Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd