Celcom Mengesahkan Akan Membawa Masuk iPhone 4

Celcom Mengesahkan Akan Membawa Masuk iPhone 4

Diterbitkan pada Mac 22, 2011 oleh .

Seperti apa yang diperkatakan pada awal bulan ini, Celcom kini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan iPhone 4 di Malaysia, dan sekaligus menjadikan mereka sebagai syarikat telekomunikasi tempatan ketiga menawarkan iPhone selepas Maxis dan DiGi.

Buat masa ini, pakej dan pelan yang bakal ditawarkan oleh Celcom masih lagi tidak diketahui lagi. Celcom sebelum ini, pada bulan September yang lepas telah pun mula menawarkan mikro-SIM untuk para pengguna iPad dan juga iPhone 4, namun tidak menawarkan peranti tersebut.

Mungkin selepas ini, ketika pelancaran iPhone 5 kelak, kita akan dapat melihat persaingan yang amat sihat sekali diantara ketiga-tiga syarikat telekomunikasi tempatan ini.


TIPS & ULASAN