Seperti yang dinantikan, Amazon telah pun melancarkan Android AppStore secara rasminya, sekaligus bersaing secara sihat dengan Android Market milik Google. Namun begitu, mungkin sesetengah pengguna masih tidak dapat mengaksesnya sementara mereka memperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.
Menariknya melalui Amazon AppStore adalah dimana para pengguna boleh menguji setiap aplikasi terlebih dahulu pada pelayar web mereka, sebelum memasangnya pada peranti Android anda. Selain daripada itu, menariknya pada Amazon AppStore adalah, dimana setiap hari, satu aplikasi berbayar akan ditawarkan kepada para pengguna secara percuma, sekaligus menarik minat mereka untuk menyemak laman Amazon AppStore setiap hari.
Buat masa ini, terdapat lebih daripada 3,800 aplikasi Android berbayar dan juga percuma pada Amazon AppStore, dan salah satu aplikasi berbayar yang ditawarkan secara percuma untuk waktu yang terhad adalah Angry Birds Rio.
Untuk menggunakannya pada peranti Android anda, anda boleh memuat-turun aplikasi Amazon AppStore dan menggunakannya pada peranti anda dengan mudah.
Laman Amazon AppStore