Carian
Opera Mini 6 Dan Opera Mobile 11 Dilancarkan
March 22, 2011 Aman

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya hari ini, Opera Software telah pun melancarkan Opera Mobile 11 dan juga Opera Mini 6 kepada semua secara rasminya, sekaligus membolehkan lebih 100 juta pengguna seluruh dunia menggunakannya pada lebih 3000 peranti berbeza.

Salah satu perkara baru yang diperkenalkan pada pelayar web Opera mudah-alih yang terkini ini adalah kebolehan skrol dan zoom yang lebih lancar daripada sebelumnya. Selain daripada itu, versi baru ini juga turut sama didatangkan dengan kebolehan berkongsi dengan pantas, dimana ianya disertakan dengan butang kongsi, membolehkan anda Tweet atau berkongsi pada Facebook dengan pantas.

Menariknya adalah, kini Opera turut dioptimasikan untuk tablet, membolehkan anda menggunakannya pada tablet dengan mudah, dan menikmati pelayaran internet yang amat menarik sekali.

Opera Mini 6 boleh digunakan pada platform J2ME, Android, BlackBerry, dan Symbian/S60, manakala Opera Mobile 11 membawakan pelayaran pantas kepada Android, Symbian, Windows 7 desktop, MeeGo, dan juga Maemo. Anda boleh memuat-turunnya secara rasmi daripada m.opera.com bermula hari ini.

Komen