Mozilla Melancarkan Firefox 4.0 Secara Rasminya

Mozilla Melancarkan Firefox 4.0 Secara Rasminya

Diterbitkan pada Mac 22, 2011 oleh .

Mozilla, hari ini secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web Firefox 4.0 yang dinantikan ramai itu. Firefox 4.0 boleh dimuat-turun oleh para pengguna Windows, Mac OS X dan Linux, dan didatangkan dalam lebih 80 bahasa yang berbeza. Versi Android dan Maemo dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Firefox 4.0, Mozilla membawakan pelbagai perkara baru untuk pelayar web sumber terbuka yang diminati ramai itu, iaitu :

  • Prestasi Firefox 4.0 lebih enam kali ganda berbanding versi sebelumnya, membawakan kepantasan pelayaran dan masa respon pelayar web yang dipertingkatkan.
  • Sokongan Sync Firefox 4.0 membolehkan anda mengakses bookmark, tab yang terbuka, dan beberapa data lain melalui lebih daripada satu komputer, mahupun melalui peranti mudah-alih anda dengan mudah.
  • Lebih selamat Firefox menyertakan fungsi Do Not Track, dan pelbagai pilihan sekuriti yang lain, menjadikan pelayaran web anda lebih selamat berbanding sebelumnya.
  • …dan banyak lagi perkara baru.

Para pengguna boleh memuat-turun dan mencubanya sekarang. Mozilla memperkatakan yang mana pada masa sekarang ini, Firefox 4 sedang dimuat-turun hampir 5,000 kali setiap minit.


TIPS & ULASAN