Groupon Malaysia Kini Menerima Lebih 500 Pengguna Baru Sehari

Groupon Malaysia Kini Menerima Lebih 500 Pengguna Baru Sehari

Diterbitkan pada Mac 23, 2011 oleh .

Sejak Groupon mengambil-alih GroupsMore pada bulan Januari yang lepas, ianya kelihatan yang mana perkhidmatan diskaun untuk pembelian berkumpulan itu terus berkembang secara sihat. Kini, Groupon Malaysia dilihat berkembang antara 500 hingga 1000 pengguna sehari, dan angka semasa penggunanya telah pun melangkaui angka 90,000 orang.

GroupsMore sebelum ini, telah mengambil masa lebih 4 bulan untuk mencapai angka pengguna seramai 50,000, dan kini ianya dijangkakan yang mana Groupon Malaysia bakal mencecah lebih daripada 100,000 orang pengguna menjelang minggu pertama bulan April kelak.

Selain daripada menyediakan pelbagai tawaran menarik kepada para pengguna, Groupon Malaysia juga tidak lupa akan tanggungjawab sosial, dimana baru-baru ini mereka telah melancarkan pengumpulan dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun, yang memperlihatkan lebih daripada 11204 kali derma dilakukan.


TIPS & ULASAN