Les Copaque Bakal Memperkenalkan Permainan Upin dan Ipin

Les Copaque Bakal Memperkenalkan Permainan Upin dan Ipin

Diterbitkan pada Mac 23, 2011 oleh .

Kini, selain daripada siri animasi Upin dan Ipin dan filem Laksamana Upin dan Ipin yang bakal menjelang tiba pada tahun 2012, Les Copaque turut melangkah setapak kehadapan dengan membangunkan permainan komputer Upin dan Ipin.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui lagi, namun ianya dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan filem Laksamana Upin dan Ipin, serta mengikut jalan cerita filem tersebut.

Pembangunannya kini sedang dilakukan, dan melalui demo yang diperlihatkan oleh Les Copaque, permainan tersebut dijalankan sebagai aplikasi berasingan. Namun begitu, menurut pihak mereka, versi akhirnya kelak berkemungkinan besar akan menjadi permainan berasaskan pelayar web, membolehkan semua pengguna memainkannya dengan mudah.


TIPS & ULASAN