1tube.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Laman Yang Baru

1tube.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Laman Yang Baru

Diterbitkan pada Mac 23, 2011 oleh .

Kini, setelah memperkenalkan sokongan video HD pada 1tube.my, pihak mereka juga dalam proses membangunkan dan menaik-taraf laman mereka, dimana versi baru bersama-sama dengan antaramuka yang serba baru dijangka akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

1tube.my kini masih lagi dalam versi beta, dan menurut pembangunnya, kini 1tube.my memperlihatkan lebih 30 video baru dimuat-naik setiap hari. Ianya merupakan salah satu perkembangan yang menarik, bertambah lagi dengan sokongan pihak 1tube.my untuk menolong para blogger dalam membangunkan video log mereka.

Selain daripada versi baru nanti, 1tube.my juga dijangka memperkenalkan beberapa perkara baru tidak lama lagi, dalam menjadikan laman mereka lebih menarik lagi.


TIPS & ULASAN