Chrome 11 Beta Membawakan Sokongan Input Suara Melalui HTML5

Chrome 11 Beta Membawakan Sokongan Input Suara Melalui HTML5

Diterbitkan pada Mac 23, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Chrome 10 kepada versi beta pada tempoh hari, kini Google telah pun memperkenalkan Chrome 11 Beta kepada semua pengguna, membawakan beberapa fungsi baru kepada pelayar web keluaran mereka itu.

Salah satu fungsi baru yang dibawakan pada Chrome 11 Beta adalah sokongan API input suara melalui HTML5, membolehkan anda bercakap dengan komputer anda terus melalui pelayar web anda, dan menariknya pelayar web akan memahami dan akan menafsirkannya. Bagi para pengguna peranti pintar, mungkin fungsi ini sudah biasa dengan anda, dan kini para pembangun turut boleh mengintegrasikannya pada web mereka.

Selain daripada itu, Chrome 11 Beta turut sama membawakan ikon Chrome baru seperti mana yang diperlihatkan sebelum ini.

Para pengguna boleh menaik-taraf pelayar web Chrome mereka kepada Chrome 11 Beta dengan mudah secara automatik. Ini sekaligus menandakan yang mana Chrome 11 versi akhir akan dilancarkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN