UniFi Mencapai 60,000 Pengguna Pada Ulang-Tahun Pertama

UniFi Mencapai 60,000 Pengguna Pada Ulang-Tahun Pertama

Diterbitkan pada Mac 23, 2011 oleh .

Pada 24 Mac tahun lepas, Telekom Malaysia (TM) telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, iaitu UniFi kepada umum. Sejak daripada itu, para pelanggan UniFi telah bertambah daripada hari ke hari, dan kini lebih 60,000 pengguna menggunakan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi itu.

Buat masa ini, UniFi ditawarkan di lebih 61 lokasi yang meliputi hampir 800,000 premis, dan angka ini dijangka akan terus meningkat lagi. Sehingga kini, selain daripada Lembah Klang, UniFi turut boleh dinikmati oleh segelintir penduduk di Johor, Pulau Pinang, kedah dan juga Seangor.

Bersempena dengan ulang tahun mereka yang pertama ini, TM menawarkan lebih 23 saluran perdana pada HyppTV untuk tontonan secara percuma antara 24 Mac 2011 hingga 30 April 2011. Mereka juga dijangka mengumumkan beberapa kawasan liputan UniFi yang baru tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN