Seperti mana yang dinantikan, kini MentariWorks telah pun melepaskan kod sumber untuk laman FeedMalaya yang dibangunkan oleh mereka itu kepada umum, membolehkan para pembangun memuat-turunnya, dan teruskan pembangunan, disamping berkongsi kemaskini kod bersama-sama yang lain.
FeedMalaya sebelum ini telah dibangunkan menggunakan CodeIgniter, dan kini para pengguna boleh memuat-turun keseluruhan kod pembangunannya secara terus daripada GitHub secara percuma. FeedMalaya sebelum ini telah pun membawakan pelbagai fungsi menarik sebagai sebuah laman aggregator, dimana menyokong pendaftaran menggunakan akaun Facebook, dan setiap pengguna mendapat halaman profail mereka masing-masing dan boleh mengawal berita-berita dan artikel yang dipaparkan.
Selain daripada itu, pada masa yang sama, FeedMalaya telah pun mulakan pembangunan versi seterusnya, dimana untuk versi yang baharu ini, mereka menggunakan FuelPHP dalam pembangunan, dan kini pembangunannya sedang aktif dilakukan, dan para pembangun yang berminat boleh turut serta dan menyumbangkan kepakaran masing-masing, dan bersama membangunkan sebuah laman yang amat menarik sekali.