Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 8 Juta Kali

Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 8 Juta Kali

Diterbitkan pada Mac 24, 2011 oleh .

Angka muat-turun Firefox 4.0 terus meningkat dari jam ke jam, terus meninggalkan jauh Internet Explorer 9. IE9 sebelum ini telah mencatatkan lebih 2.3 juta muat-turun dalam tempoh 24 jam, namun Firefox 4.0 telah berjaya menewaskannya dengan mudah, apabila mencapai angka 2.3 juta dalam hanya beberapa jam sahaja.

Buat masa sekarang ini, angka muat-turun Firefox 4.0 telah pun melangkaui 8 juta, sekaligus memperlihatkan betapa ramainya yang sedang memuat-turun pelayar web yang dinantikan itu secara aktif. Ketika artikel ini ditulis, ianya memperlihatkan angka muat-turun setiap minit adalah lebih kurang 7900 kali, memperlihatkan ramai pengguna seluruh dunia yang masih lagi dalam proses menaik-taraf pelayar web mereka.

Melalui statistik masa-nyata yang dikeluarkan oleh Mozilla, angka muat-turun semasa bagi pengguna dari Malaysia adalah 59 ribu, dimana sebanyak 29 ribu daripadanya datang daripada Kuala Lumpur. Angka muat-turun paling sedikit dicatatkan daripada Kelantan, iaitu sebanyak 87 kali. Namun begitu, angka ini mungkin sedikit tidak tepat.


TIPS & ULASAN