Cari @ Amanz

Yahoo! Memperkenalkan Search Direct

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini, Yahoo! telah pun melancarkan produk carian baru mereka, yang mana dipanggil sebagai Search Direct. Melalui fungsi baru ini, ianya membawakan sokongan ala-ala Google Instant, dimana anda diperlihatkan dengan hasil carian sebaik sahaja anda memasukkan huruf yang pertama.

Walaubagaimanapun, Yahoo! memperkatakan yang mana mereka memperlihatkan jawapan kepada carian, dan bukannya pautan seperti mana yang diperlihatkan oleh Google. Selain daripada hasil carian biasa, anda juga boleh melihat masa dan cuaca dengan melakukan carian nama kota, serta beberapa carian lain yang diperkaya dengan info tambahan.

Selain daripada itu, ianya kelihatan Search Direct berfungsi lebih pantas, dan pada masa yang sama turut memperlihatkan hasil yang lebih relevan dengan lebih mudah lagi. Mungkinkah dengan ini, Yahoo! akan memenangi hati pengguna untuk menggunakan laman mereka kembali?


Komen ()