Angry Birds Ditawarkan Secara Percuma Kepada Pengguna Windows

Angry Birds Ditawarkan Secara Percuma Kepada Pengguna Windows

Diterbitkan pada Mac 24, 2011 oleh .

Selain daripada versi Angry Birds percuma untuk para pengguna Android, kini Rovio bersama-sama dengan Best Buy kini turut menawarkan Angry Birds versi percuma khas untuk para pengguna Windows. Untuk menikmatinya, para pengguna hanya perlu memuat-turun Intel AppUp, dan memuat-turun salinan Angry Birds secara percuma.

Selepas memuat-turun Intel AppUp, para pengguna perlulah terlebih dahulu mendaftarkan akaun dan log masuk sebelum boleh menikmati permainan Angry Birds secara percuma.

Angry Birds akhir-akhir ini telah menjadi salah satu fenomena besar, dimana ianya telah dibangunkan hampir untuk kesemua platform, dan kini pembangunnya dalam proses membangunkan permainan tersebut untuk platform Facebook, dan dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Mei kelak.


TIPS & ULASAN