Seperti mana yang dinantikan, hari ini secara rasminya Anugerah ICT NEF-Awani telah diadakan, menyaksikan 8 pemenang memenangi anugerah plihan juri, dan lima lagi dimenangi oleh para pemenang melalui pilihan para pengguna.
Berikut merupakan senarai pemenang anugerah pada NEF-Awani 2010 adalah seperti berikut :
Usahawan Tekno Bumiputera Terbaik : Reza Razali, Terato Tech Sdn Bhd
Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik : Lotdotmy Sdn Bhd
Produk Perisian Bumiputera Terbaik : Century Software Sdn Bhd
Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik : Islamkids.Media Sdn Bhd
Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik : Netcarbon Sdn Bhd.
Syarikat Startup Bumiputera Terbaik : Animonsta Studios Sdn Bhd
Syarikat Bumiputera Paling Inovatif : Orea Technologies Sdn Bhd
Berikut merupakan pemenang bagi anugerah pilihan pengguna :
Syarikat Telekomunikasi Terbaik : Telekom Malaysia
Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian Pilihan : Maybank
Perkhidmatan e-Kerajaan Pilihan : LHDN
Portal Hiburan Pilihan : Tonton.com.my
e-Komuniti Pilihan : MyEG
Selain daripada itu, pihak penganjur turut menyediakan sebuah anugerah khas, iaitu Anugerah Khas NEF-Awani (Tun Mahathir) yang mana dimenangi oleh Les Copaque, pembangun Upin dan Ipin.