DiGi Menawarkan Opera Mini 6 Secara Percuma

DiGi Menawarkan Opera Mini 6 Secara Percuma

Diterbitkan pada Mac 24, 2011 oleh .

Dengan pelancaran Opera Mini 6 oleh Opera Software, syarikat telekomunikasi tempatan, DiGi bersama-sama dengan Opera telah bekerjasama,membolehkan aplikasi Opera Mini 6 dimuat-turun oleh semua pengguna DiGi dengan mudah, tanpa sebarang kos.


DiGi Melancarkan Opera Mini 6 Secara Percuma [via]

Memandangkan lebih 90% pengguna telefon mudah-alih di Malaysia adalah bukan telefon pintar, perkara ini sememangnya adalah suatu perkara yang bagus, apatah lagi, Opera Mini membolehkan anda melayari laman web dengan mudah, tanpa keluarkan bayaran mahal.

Untuk memuat-turunnya, para pengguna DiGi hanya perlu hantarkan SMS OPERA kepada 2000, dan anda akan diberikan pautan muat-turun secara percuma, selain pada masa yang sama berpeluan memenangi hadiah menarik yang ditawarkan DiGi. DiGi menawarkannya secara percuma sehingga penghujung bulan Mac ini.


TIPS & ULASAN